Valentine Day- SATU KEKUFURAN

February 15, 2010

Ahad 14 Februari 2010  (bersamaan 30 Safar 1431) adalah hari yang dikenali sebagai hari sambutan Valentine. Kebetulan pula tahun ini ianya bersamaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari valentine, muda-mudi, khususnya mereka yang bercinta akan menzahirkan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah, terutamanya bunga. Kebiasaannya sambutan itu akan berakhir dengan aktiviti seks.

Saya memperingatkan diri saya dan umat Islam semua supaya menjauhkan diri kita daripada sambutan ini. Ianya adalah sambutan yang mempunyai unsur-unsur keagamaan Kristian.
Sambutan Hari Valentine adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun 268AD yang dianggap sebagai keramat oleh puak Kristian Katholik dan di amalkan secara rasmi oleh Gereja Katholik dizaman Pope Gelasius I pada tahun 496AD (1514 tahun yang lepas dan 228 tahun selepas kematian father St. Valentino).

Ianya mengambil sempena memperingati kematian Father St. Valentino yang dihukum pancung oleh Maharaja Rom Caesar Marcus Aurelius Claudius Augustus Gothicas II (213-270AD). Maharaja Rom ini mengeluarkan perintah melarang sebarang bentuk perkahwinan bagi pemuda-pemuda zaman itu kerana beliau mahukan mereka menjadi anggota tentera yang setia dan tidak mempunyai masalah rumahtangga. Namun Father St. Valentino dikatakan meneruskan upacara-upacara perkahwinan. Akhirnya untuk menghentikan kedegilan Father St. Valentino ini, Maharaja Claudius II menghukum bunuh beliau dengan dipancung.

Sejak itu, Father St. Valentino dianggap keramat oleh golongan Kristian. Hari kematiannya pada 14.02.268AD dianggap sebagai tarikh memperingati kekeramatan beliau. Namun setelah lama masa berlalu, hari itu bertukar darpada memperingati beliau kepada hari memperingati kekasih, dengan penjualan bunga dan kad yang melambung, yang akhirnya perayaan itu dikomersilkan. Yang kaya ialah para peniaga!!

Apa pun, bagi kita umat Islam, tidak sepatutnya kita meneruskan tradisi kristianiti dan keagamaan orang lain ini. Kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang kita kasihi, samada melalui doa dan lain-lain. Dan kita tidak perlu menunggu 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita, malahan kita sepatutnya menunjukkannya pada tiap hari dan waktu.

Pegangan kita adalah jelas: lakum diinukum wali yadiin – untuk kafir cara hidup kufur, untuk kita cara hidup Islam. Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

BERAS ST 15% TIDAK ADA DI PASARAN UNTUK ORANG KAMPUNG

January 19, 2010

(Diramal BERAS akan naik harga lagi)

Dari Kacamata Halik Zaman:

KERAJAAN UMNO/BN Sabah begitu gusar sekali. Para pemimpin UMNO diarah turun padang buat acara boneka ‘1Malaysia Najib dan Juara Rakyat” kerana takut dengan perkembangan Pakatan Rakyat di Sabah. Hari demi hari Pakatan Rakyat disebut sebut sudah ribut ribut jadi buah mulut pengundi kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi berhadapan dengan berbagai masalah hidup.

Ketiadaan beras ST 15% dan bekalan gula di Sabah kini menjadi suatu isu penting pengundi. Bagi penduduk pedalaman di kampung kampung ianya merupakan suatu lagi bebanan kos kehidupan rakyat. Harga beras ST 15% sangat di perlukan bagi golongan sasar yang kurang berkemampuan, memandangkan bezantara harga di antara beras bersubsidi dan beras wangi tidak bersubsidi amat besar bezanya. Hari ini beras ST 15% dan gula sudah tidak ada dalam pasaran di Sabah.

Bila ditanya pada para pekedai, jawapan mereka tiada bekalan dari Beras Negara. Ketiadaan bekalan menampakkan ketiadaan pantauan khusus dari pihak Kerajaan UMNO/BN. Kenapa golongan kurang berkemampuan sering tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak Kerajaan UMNO/BN? Mungkin kah kerana PRU13 masih jauh dan kesempatan dicari untuk Beras Negara menaikkan harga beras ST 15% ? Lantaran tidak ada pemantauan kerana mereka sibuk berpolitik maka rakyat yang tanggung semua derita.

Apakah UMNO fikir penduduk kampung pedalaman bukan rakyat Malaysia yang harus di ambil berat ? Jadi kalau begitu benarlah UMNO ini hanya untuk golongan orang orang elit dalam UMNO sahaja? Bukan untuk semua rakyat jelata. Beras wangi untuk makanan orang orang elit UMNO beras ST 15% hancur dan berbatu itu makanan orang kampung. Itupun tidak ada dalam pasaran, rakyat nak makan apa?

Apakah penduduk kampung luar dan dalam bandar ini hanya berguna semasa PRU13 sahaja ? Dan pada musim pilihanraya sahaja barulah golongan kurang berkemampuan di pedalaman di kampung kampung ini ‘ditatang dan sayang-sayang’. di ‘peluk-peluk’ dan di beri ‘bantuan penuh makna’ ? Selepas dah dapat undi apa yang UMNO mahukan, golongan sasar ini akan terus ‘dipinggirkan’ secara konon-kononnya tidak sengaja atau terlepas pandang.

Maka kerana itulah berlakunya ketiadaan bekalan sumber makanan asas seperti beras ST 15%. Kita boleh conggak berapa keratlah penduduk kampung luar dan dalam bandar yang mampu membeli beras wangi yang tidak bersubsidi berbanding golongan yang amat memerlukan beras hancur bersubsidi Kerajaan.

Mana sudah slogan, RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN? Sekarang ini yang terlihat RAKYAT DI TINGGALKAN, POKET MASING-MASING DI UTAMAKAN. Slogan yang seringkali mereka laung-laungkan, kini memakan diri sendiri.

Satu lagi yang kita kesali, setiap kali ada bencana di negara luar, Malaysia pun susah payah hantar bantuanlah, pasukan Mercy, ubat-ubatan. Tapi mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar, kebajikan di negara sendiri pun seringkali terlepas pandang atau sengaja dilepas-pandang ?!

Rakyat Malaysia masih ramai di takuk kemiskinan. Index rakyat miskin tegar masih lagi tinggi. Kenapa ini semua tidak di tangani dengan sungguh-sungguh oleh Kerajaan UMNO ? Yang di pentingkan hanyalah kemajuan koridor multi media ia untuk rakyat yang berada. Tapi UMNO sekali lagi LUPA dengan kebajikan penduduk kampung luar dan dalam bandar. Nanti bila dah di keluarkan keluhan rakyat di blog blog, barulah masing-masing nak bangun dari tidiur. Itupun dalam keadaan penuh keterpaksaan.

Tanganilah masalah beras bersubsidi ini. Kerana jika ianya di biarkan berlarutan rakyat yang menderita. Esok PRU13 kalau rakyat undi Pakatan Rakyat semua masalah kukarangan beras, gula dan harga kos hidup rakyat dapat diperbetulkan. Tidak seperti para pemimpin UMNO turun padang bawa gigi dengan rahang sahaja. Kalau para pemimpin UMNO Sabah turun padang berjumpa rakyat mereka cuma cakap “puji Musa Aman” sahaja, agar mereka akan terpilih lagi jadi calon UMNO dalam PRU13 nanti.. Pasal perubahan nasib rakyat mereka pura pura lupa.

Aku lah JUARA RAKYAT!

January 15, 2010

Kempen Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini seakan memberi gambaran sejelasnya bahawa selama ini UMNO tidak pernah menjuarakan rakyat, mereka hanya tahu ‘menjuarakan’ diri para pemimpin UMNO itu sendiri yang kita kenali sebagai O.KU.

LAH ni , barulah macam-macam slogan, cogankata dan kempen di lancarkan? Kenapa apabila para pemimpin UMNO merasakan bila retak hanya menanti belah sahaja, barulah perhatian diberikan kepada rakyat ? Kenapa disaat UMNO telah mula merasa bahang-bahang kelemasan barulah rakyat di pandang ? Kononnya didahulukan, Kenapa tidak dari dahulu lagi rakyat Malaysia diberikan perhatian sewajarnya, sehinggakan harga gula dan roti putih pun gagal ditangani oleh kerajaan.

Sekarang ini jika kita lihat iklan-iklan, semuanya bertemakan 1Malaysia, mesti ada Melayu, Cina dan India. Adakah para pemimpin UMNO dapat rasakan bahawasanya telah begitu terlihat betapa mereka kini semakin kurang di yakini oleh setiap kaum utama di negara ini ? Apa sebabnya ? Mungkinkah mereka masih lalai dibuai mimpi ngeri setelah hampir ‘pupus’ dalam PRU12 ? Setelah hampir ‘lupus’ semasa pembentangan dan pengundian bajet tahunan di Parlimen tahun lepas .

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut hanya diboleh digunakan di Sabah dan Sarawak sahaja.  Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan ‘God’ dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.Namun situasi ini berbeza disemenanjung yang mana kerajaan tidak membenarkan penggunanya oleh masyarakat Kristian. Inikah konsep 1Malaysia yang dilaung-laungakan

Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya lagi. Dalam situasi politik yang kian hangat kini, para pemimpin UMNO terpaksa merancang agenda-agenda  satu persatu demi untuk memudarkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Tidakkah mereka sedar, semakin mereka galak ‘memusnahkan’ Pakatan Rakyat, semakin rakyat bersimpati dan yakin dengan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat !

Berjayakah kempen Islam hadhari suatu ketika dahulu dan 1Malaysia kini dapat  merubah keadaan sesetengah masyarakat kita yang masih berkiblat hiburan semata-mata dan artis separuh bogel menjadi pujaan muda mudi mahupun kanak-kanak, golongan-golongan yang menjadikan TOTOTO dan putaran buah dadu dan katak-katak  sebagai mata pencarian mereka, dan juga merubah golongan-golongan tertentu yang suka dan gemar menyentuh pasangan yang bukan muhrimnya.

sekadar Hipotesis Bulanmengembang

UMNO & ISU KALIMAH ALLAH.

January 11, 2010
Ada pihak cuba menuduh dan mengatakan bahawa fraksi-fraksi UMNO  lah yang punyai angkara dan  hendak mengambil kesempatan dari isu kalimah Allah. Tujuannya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu Islam kepada parti itu semata-mata. Kononnya isu kalimah Allah ini telah menggugat kesucian Tuhan orang Melayu oleh golongan bukan Islam, maka parti ini telah menyeru satu lagi keperluan kepada apa yang dinamakan ‘perpaduan umah’ bagi mengembalikan kekuatan Islam di negara ini.
UMNO  menerusi badan-badan NGO yang ditajanya seperti Pewaris, Perkasa dan Perkida telah cuba mendakyah orang-orang Melayu, betapa orang-orang bukan Islam telah berani menyentuh perkara-perkara yang berkaitan agama Islam seperti yang berlaku pada isu kalimah Allah itu.
Menggunakan isu kalimah Allah ini, mereka telah menggerakkan ‘perpaduan umah’ bagi menyatukan umat Melayu dalam satu suara politik. Apakah tujuan mereka itu benar-benar untuk memperkuatkan Islam atau hanya sekadar untuk memperkuatkan kuasa politik mereka. Seruan mereka itu telah dipandang sinis oleh berbagai pihak, kerana selama ini UMNO bukanlah parti yang dianggap serius untuk membela Islam.
Disebalik sambutan dingin dan berbelah bahagi dari parti-parti orang Melayu yang lain seperti PAS dan PKR, kepada orang-orang berfikiran finatik dan taksub, keadaannya telah menjadi terlebih lajak sehingga mengakibatkan beberapa gereja telah diserang dan dirosakkan.
Sehingga kini polis masih belum dapat menangkap orang yang melakukan kerosakan terhadap gereja-gereja ini. Dimanakah polis kita yang dikatakan sangat cekap itu. Kita mahu sangat perosak-perosak ini didedahkan dan menerima hukuman yang setimpal, dan juga kita mahu tahu kalau ada, pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab di belakang kejadian itu.
Apakah pelakunya sehebat perisik CIA sehingga langsung tidak boleh dikesan, kalau polis kita tidak mampu mengesannya, mungkin kita boleh meminta bantuan pakar dari luar negara.
PM Najib mungkin tidak menyangka isu kalimah Allah ini berakhir dengan perbuatan pengeboman dan merosakkan gereja, beliau mengutuk orang yang melakukannya dan dengan segera memperuntukkan RM500,000 kepada gereja yang rosak itu dan disiarkan dalam semua media perdana. Rasa perihatin yang beliau tunjukkan itu bagi mengelakkan beliau dan parti beliau dari dikaitkan dengan perkara buruk itu.
Dalam masa yang sama Hisamudin Husein sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri turut tumpang semangkuk dalam isu pengeboman gereja itu. Dia ada alasan kukuh untuk tidak menghapuskan ISA.
Rasanya hingga artikel ini ditulis, ISA belum dimansuhkan lagi, tetapi kenapa pengeboman dan merosakkan gereja itu berlaku juga. Malah sudah beberapa hari berlalu, suspek masih bebas dan belum dapat ditangkap.
Kalau benar akta ISA itu sebagai pencegahan, tetapi kenapa ia tidak dapat juga mencegah berlakunya serangan terhadap gereja seperti yang telah terjadi itu.(Setakat ini 7 buah gereja telah menjadi sasaran).
Mungkinkah juga keadaan ini akan menguntungkan pihak UMNO untuk meraih undi dan sokongan orang melayu kembali yang telah beralih arah ke PR. Kebetulan pula program JUARA RAKYAT terus bermain di media-media arus perdana seolah-oleh mereka lah yang menjadi pembela dan pejuang agama.
Mungkinkah juga keadaan berjaya  mengugat dan menghadkan  sokongan orang melayu terhadap PR yang terdiri daripada rakyat yang berbilang agama dan kaum (Terutamanya parti ekstrem PAS dan DAP). Kita tunggu dan nantikan.
Artikel ini sekadar satu analisis yang belum menjadi fakta akan kesahihnya..
Bulanmengembang

Kutukan keras terhadap golongan yang membakar gereja.

January 10, 2010

Sekali lagi kita digemparkan dengan kejadian serangan ke atas rumah ibadat gereja. Kali ini pula yang menjadi  sasaran serangan ialah All Saints Church di Taiping.

Sesungguhnya sebagai penganut agama islam, Perbuatan melakukan kerosakan kepada tempat ibadah mana-mana penganut agama adalah sangat bertentangan dengan prinsip agama Islam itu sendiri malah mana-mana agama sekalipun.

“Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, melainkan hanya kerana mereka berkata, “Tuhan kami adalah Allah.” Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak (kezaliman) sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak di sebutkan nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNya, Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Al-Hajj: 40)

Diharapkan semua pihak agar bertenang dan berfikiran secara rasional dalam menangani isu yang sedang melanda pada ketika ini. Tindakan yang bersifat provokasi dan menyemai sikap yang berbaur hasutan hanya akan memburukkan keadaan.  Kita harus sedar bahawa insiden ini boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan mengancam keamanan yang kita nikmati selama ini.Disamping itu juga, janganlah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan diatas apa yang terjadi seolah-olah merekalah menjadi pembela dan pejuang agama. Oleh itu,  pihak berkuasa harus bertindak dengan  segera bagi memastikan mana-mana individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan jenayah berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan sewajarnya.

“Bagiku agamaku, dan bagimu agamamu”

Tuhan Cinta Agung.

Tahun 2009 melabuhkan tirainya, diharapkan tahun 2010 menjanjikan segala kebaikan.

January 2, 2010

Ku dedikasikan mutiara kata ini kepada semua pemimpin-pemimpin negara, pemimpin-pemimpin  parti politik samaada di pihak pembangkang mahupun kerajaan, pejuang-pejuang islam, pendokong-pendokong perubahan, Golongan-golongan yang membawa panji-panji hitam, semua muslimin muslimat serta tidak lupa buat diriku sendiri.

Tidak lupa juga buat pemimpin-pemimpin politik yang mewarnai kancah politik daerah Kota Belud.Dato Rahman Dahlan, Datuk Musbah, Datuk Japlin Akim, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Salleh Tun Said Keruak dan semua blogger-blogger daerah Kota Belud.

BANYAK CERITA MISTERI DAN PEMBAZIRAN DIBAWAH KERAJAAN UMNO/BN

December 30, 2009

Dari Kacamata Halik Zaman:

BANYAK perkara misteri dan pembaziran wang rakyat telah berlaku dalam Negara Malaysia pimpinan BN. Bermula jambatan bengkok tidak siap, dibayar percuma dari wang rakyat RM300 juta kepada kontrektor ‘for nothing’ . Bukan kah elok RM300 juta itu diperuntukan membuat perumahan rakyat yang memerlukan? Perkara penting pembaziran wang rakyat ini tidak pun disiasat oleh SPRM. Sepatutnya tugas SPRM menyiasat kepada Dr. Mahathir kenapa bina janbatan bengkok itu?

Abdullah Ahmad Badawe juga patut disiasat kenapa hentikan pembinaan janbatan bengkok itu? Patut kah SPRM berfikir kedua dua Mantan Perdana Menteri itu tidak bersalah dalam tindakan mereka?. Dalam hal ini dari dua orang, mesti ada salah seorang yang bersalah? Tak kanlah kedua duanya tidak bersalah. Jadi, apa tugas SPRM? Mungkin SPRM menjalankan tugas cuma mencari kesalahan YB YB Pakatan Rakyat sahaja? Yang paling jenaka di abad ini, seorang peguam biasa yang nama glamournya dikenali sebagai ‘Korek Korek Korek’ boleh menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Suruhanjaya Penyiasatan Awam sudah pun dilantik. Hasil siasatan Suruhanjaya mengakui ‘memang betul’ seperti rakaman talifon bimbit itu apa yang diceritakan. Kenapa perkara ini senyap sahaja? Dimana sudah peranan SPRM dalam melaksanakan keputusan Suruhanjaya Penyiasatan Awam itu?

Kematian misteri Altantuya, Razak Baginda penganalisis politik Dato Seri Najib Tun Razak dan dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Najib telah dibicarakan. Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri. Timbul soalan, kenapa pihak Pendakwa Raya tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan yang Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri? Disini timbul berbagai teka teki seolah olah Razak Baginda sengaja mahu dilindungi? Dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Timbul soalan, apa motif dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib itu membunuh Altantuya?

Kematian misteri Teoh Beng Hock. Mendiang bukan tertubuh hanya sebagai saksi SPRM membunuh diri, masuk kah di akal seorang saksi membunuh diri dibangunan SPRM? Teoh yang akan berkawin dan akan menikmati bulan madunya tidak lama lagi mahu membunuh diri? Pegawai pegawai Tabung Haji dituduh rasuah ratusan juta RM, Presiden MCA ditubuh rasuah RM10 juta, tidak pun mereka ambil langkah membunuh diri, tapi Teoh sebagai saksi pula membunuh diri sendiri. Sungguh misteri cerita ini.

Satu lagi cerita misteri yang sungguh memalukan Malaysia dimata dunia. Kecurian 2 enjin jet dicuri ditempat yang ketat securitinya dalam kawalan tentera Malaysia. Rakyat Malaysia tidak tahu mungkin banyak lagi harta Malaysia sudah dicuri? Mungkin bukan 2 enjin jet sahaja yang dicuri, tapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada umum? Kita rasa ragu ragu penghantaran minyak mentah kita keluar negara selamat dari dicuri atau tidak? Ia juga ada cara boleh dicuri kalau mahu mencuri?

Jdi, Kerajaan UMNO/BN memang tidak selamat menjaga wang rakyat, harta Kerajaan. Zahid Hamidi juga mungkin kurang selamat jawatannya kerana berani membongkar kecurian 2 enjin jet tentera semasa Dato Seri Najib menjadi Menteri Pertahanannya.

Perogol dan hukumanya

December 29, 2009

Situasi di atas menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan pesalah tersebut dikenakan hukuman tembak sehingga mati. Fuhh dasyat betul. Hukuman syariah yang mereka laksanakan memang tidak ada kompromis.

Tapi timbul pulak persoalan adakah hukuman seperti ini sesuai jika dilaksanakan di negara ini berbanding hukuman yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran seperti rejam sampai mati. Adakah hukuman Allah ini dianggap kejam. Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah saja yang mengetahuinya bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu amatlah pedih bagi mereka yang mengetahuinya. Wallahualam.

Lim Guan Eng terharu “balasan” sokong gadis melayu sedekad lalu.

December 27, 2009

“Saya sangat terharu hari ini.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di auditorium MBSA sambil mengaitkan dengan detik beliau jalani hukuman penjara 11 tahun lalu berhubung isu seorang gadis Melayu dirogol.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau pernah ditanya apakah faedah yang diperolehinya dengan membela nasib gadis Melayu ketika itu.

Ketika dipenjara beliau merupakan Ahli Parlimen Melaka.

Lim yang bertanding semula pada Mac 2008 sekali gus berpeluang mengetuai Pulau Pinang memberitahu, hari ini beliau mempunyai suara padu daripada rakyat pelbagai kaum termasuk masyarakat Melayu sehingga dapat mengetuai kerajaan negeri itu.

“Tetapi selepas 11 tahun sekarang saya bukan lagi hanya ada satu suara (keluarga gadis dibela) tetapi puluhan suara, ratuan suara, ribuan suara malah jutaan suara (yang menyokong Pakatan Rakyat),” kata beliau ketika menyampaikan ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat.

Lim dipenjarakan di Penjara Kajang pada Ogos 1998 kerana disabitkan mengikut Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Disebabkan hukuman itu beliau tidak dapat bertanding dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.

“Secara peribadi saya terharu dengan Konvensyen Pakatan yang menekankan semangat Malaysia baru dan etos melayan setiap daripada kita sebagai Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan tetapi sebagai bapa, ibu, abang, kakak dan anak.

“Saya masih ingat apabila saya dipenjarakan kerana membela sebuah keluarga yang cucu perempuannya dirogol, saya ditanya sama ada berbaloi untuk hilang semua kerana membela satu kaum,” katanya.

Mengenai Dasar Pakatan Rakyat, Lim berkata “yang kita hendak sembahkan pagi ini adalah satu Dasar Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR.”

“Ia adalah satu dokumen penting yang merangkumi semua titik perjuangan kita bersama.

“Oleh kerana itu ia tidak akan memuaskan hati semua orang seperti DAP yang mahu dinyatakan dengan jelas istilah ‘pilihan raya kerajaan tempatan’ tetapi bersedia menerima istilah mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan’ sebagai pengganti yang tentunya mencakupi pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.

Beliau memberitahu kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak.

“Sungguhpun tidak memenuhi keperluan masing-masing, maka ia adalah satu batu asas yang boleh menjalinkan kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat, hubungan baik antara kaum serta integrasi dan perpaduan kaum di seluruh Malaysia,” katanya.
– MalaysianInsider

Si PENCURI HAIRAN ENJIN JET PUN BOLEH DICURI

December 24, 2009

Kota Lebak Gabah: 24 Disember 2009.  Seorang bekas pencuri besi buruk yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri besi buruk selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi rm 50juta setiap satu boleh menyara tujuh keturunannya. Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri besi buruk di sekitar kampung sembirai dan kg Siasai di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi kerana ditangkap pasukan RELA. Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka. Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia. Beliau yang enggan namanya didedahkan menyarankan kepada kerajaan BN agar segala bentuk macam aset negara ini hendaklah diaudit sepenuhnya supaya tidak dicuri lagi.